Powered By Blogger

Monday, March 26, 2012

Anugerah dan Persahabatan

Setelah aku selamat sampai di bumi kangaroo ni, ku sisipkan sebuah video kepada semua sahabat-sahabat di Malaysia. Amat susah untuk memilih lagu yang sesuai, akhirnya aku memutuskan untuk menggunakan lagu daripada Amy Mastura bertajuk Kelip-kelip. Ku kira ianya sesuai untuk sebuah ikatan diberi gelaran "persahabatan"

Enjoy watching....


Kelip-Kelip : Amy Mastura.

Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti pelangi senja
Datang dan pergi..

Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti malam dan siang
Silih berganti..

Pergi dan datang
Selalu berkasih sayang
Sepanjang hayat
Biar dikenang
Selalu bermurah hati
Budi yang baik
Di bawa mati..

Selalu berbuat jasa
Hidup yang ada jangan disia
Selalu merendah diri
Di dalam hati
Biarlah suci
Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti malam dan siang
Silih berganti..
Pergi dan datang   


rimaZdamhA
JCU

Tuesday, March 20, 2012

Gusar HatiKu Tidak Siapa Yang Tahu

Ku kira semuanya telah selesai setelah keberangkatan ku ke bumi asing ini. Rupa-rupanya masih ada perkara yang berbangkit. Kawanku dari GHKL telah menelefonku dan memberitahu berkenaan isu kontak penrkhidmatan dan bagaimana aku boleh melepaskan diri daripada kontrak tersebut untuk menyambung pengajian. Katanya ketua perkhidmatan yang bertanyakan hal tersebut kepadanya, tapi pada hari yang sama aku juga telah bercakap berkanaan kajianku dengan ketua perkhidmatan tetapi tidak pula bertanyakan hal itu sendiri kepadaku. Sungguh aku gusar dengan perkara itu, lantas ku menelefon pegawai yang memberi sokongan untuk aku meletak jawatan dan menyambung kajian. katanya perkara ini masih dalam perbincangan dan ketua perkhidmatan tiada hak untuk bertanyakan hal tersebut memandangkan aku sudah meletak jawatan dan telah melanggarkan kontrak. Isunya sekarang adalah samada kerajaan akan meluluskan permohonan akau atau tidak. itu sahaja katanya...lantas ku bersyukur, mohon kerajaan tidak mengenakan apa2 denda kepadaku.

Lewat petang ku terima email daripada pegawai tersebut, memaklumkan perkembangan terbaru berhubung permohonanku. Ianya masih belum mendapat keputusan dan beliau menyuruhku sentiasa mengingatkannya berkenaan hal tersebut. Ku balas email beliau menyatakan semoga permohonanku memdapat perhatian yang sewajarnya.

Terima kasih aku ucapkan pada pegawai tersebut.

at 2.30 am (Cranbrook)

Monday, March 12, 2012

Dr Zul Got his PhD from University of Queensland

Hari ni mendengar berita yang mengembirakanku, setelah agak sekian lama melumpuhkan aktiviti facebookku...aku terdetik untuk membukanya. Ternampak, beberapa post yang dihantar oleh en. Hanafiah dalam FB OT Malaysia. Lantas membuka nyer dan disitulah aku mengetahui bahawa dr. zul telah lulus dengan jayanya dalam phd beliau. Kini dia bergelar dr falsafah dan dianugerah ijazah tertinggi daripada university of queensland...antara universitui yang mempunyai ranking yang tinggi di australia.Tidak seperti universiti ku, UQ lebih gah namanya dan mengeluarkan byk ahli-ahli akademik yang ternama.

Big congrats en Zul, aku dengan cepatnya menghantar sistem pesanan ringkas dan secepat mungkin dr. zul membalasnya mengucapkan terima kasih kepadaku.Alhamdulillah....Semoga aku juga mengikut jejak langkahnya.


InSyaALLAH....

RimazDamha

Sunday, March 11, 2012

Monday Blues

Ku pasang niat sebelum menaiki basikal ke university; untuk menyiapkan litarature review yang masih byk tertangguh. Alhamdulillah walaupun masih byk benda yang perlu diketahui, tapi aku rasakan sinarnya pasti ada di depan...beberapa minit lepas ku terima email daripada kerrianne watt menyatakan dia berstuju untuk memberi nasihat kepadaku dari segi metodologi kajian. Pagi tadi juga telah ku hantarkan kepada Julie parison borang ethic ku, harap inya dapat dihantar sebelum 14 mac...insyaallah boleh. Aku yakin segalanya adalah dibawah kekuasaaanNya sesungguhnya; sesorang hamba mestilah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya....

Semalam, aku ke rumah kak tini; memenuhi jemputan dia untuk memasak nasi kerabu di rumahnya...Alhamdulillah, semua menjadi. Aku diperkenalkan dengan abang wan, suami kepada Kak Tini. Nampaknya mereka semua peramah dan semoga kehadiran meraka dapat mengubat kerinduan ku kepada tanah airku...Xlupa juga, ku bercakap beberapa patah dengan Syahira Johan, anak kepada dato johan jaafar pengurusi media prima. Terfikir sejenak, adakah tahun ni kami semua bakal masuk dalam salam perantauan....huhuhuuh

:),
rimaZdamhA

Thursday, March 8, 2012

Nasyid is the best Song Ever


Since i was young, i was comfortable listening to nasyeee. Not Just me, but my sibling also used to hear nasyeed. Lets hear this nasyeed peeps....

OST 49 DAYs Meruntun Jiwaku....

Sebulan yang lepas aku telah menghabiskan masaku selama 2 hari dengan menonton drama 49 Days. Amat Menarik cerita ini, mamaparkan tema persahabatan dan juga percintaan...Bukankah setiap manusia itu perlukan persahabatan dan perlu dicintai....:)

OST 49 Dayd

Dr. Zainanda Replying My email

Setelah aku email beberapa kali bertanyakan mengapa aku punya proposal perlu disemak oleh IPH, alhamdulillah Dr. Zainanda telah membalas emailku dan memohon maaf di atas segala kesilapan. Tapi mengikut emailnyer yang terbaru, beliau akan bertanyakan senior berkenaan hal ini. Langsung membuatkan hati ku sedikit lega walaupun hari ni aku sangat tidak produktif memikirkan hal ini. Betul la apa orang cakap, jangan terlalu menunggu sesuatu..teruskan membuat kerja.

Ya Allah tabahkanlah hatiku.

Zamir, Petersen Court, 2012

Wednesday, March 7, 2012

NMRR forwarded my research proposal to Institutes of Public Health

Balik daripada main badminton terusku membuka email...Berpatah seribu sebab mendapat email yang menyatakan proposal ku telah ditolak kepada Institutes of Public Health. Kenapakah? Adakah tajuk yang aku cadangkan tidak sesuai untuk dijalankan...Juga aku teliti komennya seperti: please consider to redesign your study and send back for approval...apakah kekurangan study ku? Persoalannya akan terjawab esok....Jadi malam ni aku berpatah seribu memikirkan approval yang belum dapat sedangkan aku sangat perlukan approval tersebut sebelum aku confirmation of candidature pertangahan april nanti.

Kukira mungkin disebabkan tajuk proposal ku yang berbunyi "Occupation-Based Intervention" dimana mereka mengangap aku sedang menjalankan kajian dibawah Occupational health & Safety. Walau apa pun aku harus bertabah...harus sentisa focus dan consisten dalam mengejar cita-cita. Ayat2 ni kukirakan melegakan hatiku....InsyaAllah.

Rimaz, Bergin Road, 2012

7 March 2012

Salam Semua,
Akan aku jadikan Blog ni sebagai blog catatan harian ku. Lewat petang semalam aku mendapat pesanan ringkas daripada Kak Tini menyuruhku mengcatat segala keluh kesah, suka dan duka sepanjang aku bergelar calon PhD kerana perjalanan dalam mendapat ijazah tertinggi ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Kadangkala tanpa kita sedar, kita mengalami tekanan yang amat kerana perjalanan untuk mendapat segulung ijazh PhD merupakan lonely journey....Dapat kubayangkan kerisauan Kak Tini setelah aku luahkan ketidakyakinanku untuk mendapat ijazah itu.

Syukur alhamdulillah kehadiran Kak Tini membuatkan aku makin selesa di sini. Hari ni aku telah menyiapkan kerja-kerja terbengkalai ku sebelum ni. Ku siapkan ethic application form untuk di hantar kepada lembaga committee JCU. Aku forward borang tersebut kepada Matthew dan Fiona untuk semakan sebelum borang tersebut dihantar pada Ethic Advisor. Julie Parison bertanya berkenaan permohonan etika kepadaku semasa kami berselisih dalam pantry. Aku denga takut2 menjawab akan ku hantar permohonan tersebut kepada beliau setelah supervisorsku menandantangi borang tersebut.....


Ya allah permudahkan segala Urusan ku.

p/s: lepas ni aku akan bermain badminton bersama medical students di sini. Bersenam adalah cara terbaik untuk menghilangkan segala tekanan....InsyaAllah.

Zamir, Cranbrook, Mac 2012

TPM Universiti Teknologi Mara- What you should do after you got the offer? part 2

Salam,

Saya akan menyambung kembali daripada post yang lepas, apa yang kita perlu buat after we got the offer:
3) Application to University- Kalau boleh carilah universiti yang terbaik. Untuk yang menyambung pengajian, yang buat by coursework sila rujuk course structure sebelum membuat keputusan ke universiti tersebut. Yang akan membuat by research sila selidik latar belakang supervisor anda. Is he/she expert in the area and try to approach his previous or current student asking about his/her persanlity and supervision technique. I think this is the most important this...yer la kita nak berhidup dengan supervisor agak lama. Alhamdulillah, walaupun james cook university ni tak glamour tetapi saya sangat bersyukur mempunyai supervisor sebeigini..Alhamdulillah, allah permudahkan urusan hambamu ini dalam menuntut ilmu.

4) Setelah semuanya selesai dan sudah mendapat tawaran daripada universiti, segeralah mengisi borang perjanjian dan segala dokumen yang dikehendaki oleh UiTM. Hantarlah secepat mungkin kerana UiTM memerlukan masa untuk memproses dokumen tersebut sebelum dihantar ke Kementerian pengajian tinggi. Sekurang-kurangnya hantarlah 2 bulan sebelum tarikh melapor diri di universiti. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nurul Akma, Puan Rohanah, dan Puan Poniti diatas segala kerjasama yang telah mereka berikan.

5)Menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi- agak lama untuk mendapat keputusan daripada kementerian pengajian tinggi kerana ia bergantung kepada Mesyuarat untuk meluluskan permohonan untuk menyambung pengajian.Alhamdulillah, setelah dua bulan menunggu akhirnya permohonan saya berjaya dan diluluskan...Alhamdulillah syukur ku pangjatkkan kepada Allah swt diatas anugerah ini.

6) Final Step- Langkah terakhir ia untuk melengkap segala dokumen dan dihantar kepada kementerian pengajian tingggi. Prosedurnya juga adalah sama seperti yang UiTM, perlu membuat pemeriksaaan kesihatan, mengisi borang perjanjian dan melengkapkan beberapa dokumen. Setelah semua dokumen lengkap, sila hantar secepat mungkin supaya duit panjar sebelum kita bertolak masuk dengan secepat mungkin. Buatlah pasport dan visa dengan kadar segera....

Seterusnya mulakan pengajian dengan niat yang ikhlas....Allah swt tabahkanlah hati hambamu ini dalam menuntut ilmu. Moga nota ini dapat membantu kalian.....

Zamir, Cranbrook, March 2012