Powered By Blogger

Thursday, March 8, 2012

OST 49 DAYs Meruntun Jiwaku....

Sebulan yang lepas aku telah menghabiskan masaku selama 2 hari dengan menonton drama 49 Days. Amat Menarik cerita ini, mamaparkan tema persahabatan dan juga percintaan...Bukankah setiap manusia itu perlukan persahabatan dan perlu dicintai....:)

OST 49 Dayd

Dr. Zainanda Replying My email

Setelah aku email beberapa kali bertanyakan mengapa aku punya proposal perlu disemak oleh IPH, alhamdulillah Dr. Zainanda telah membalas emailku dan memohon maaf di atas segala kesilapan. Tapi mengikut emailnyer yang terbaru, beliau akan bertanyakan senior berkenaan hal ini. Langsung membuatkan hati ku sedikit lega walaupun hari ni aku sangat tidak produktif memikirkan hal ini. Betul la apa orang cakap, jangan terlalu menunggu sesuatu..teruskan membuat kerja.

Ya Allah tabahkanlah hatiku.

Zamir, Petersen Court, 2012

Wednesday, March 7, 2012

NMRR forwarded my research proposal to Institutes of Public Health

Balik daripada main badminton terusku membuka email...Berpatah seribu sebab mendapat email yang menyatakan proposal ku telah ditolak kepada Institutes of Public Health. Kenapakah? Adakah tajuk yang aku cadangkan tidak sesuai untuk dijalankan...Juga aku teliti komennya seperti: please consider to redesign your study and send back for approval...apakah kekurangan study ku? Persoalannya akan terjawab esok....Jadi malam ni aku berpatah seribu memikirkan approval yang belum dapat sedangkan aku sangat perlukan approval tersebut sebelum aku confirmation of candidature pertangahan april nanti.

Kukira mungkin disebabkan tajuk proposal ku yang berbunyi "Occupation-Based Intervention" dimana mereka mengangap aku sedang menjalankan kajian dibawah Occupational health & Safety. Walau apa pun aku harus bertabah...harus sentisa focus dan consisten dalam mengejar cita-cita. Ayat2 ni kukirakan melegakan hatiku....InsyaAllah.

Rimaz, Bergin Road, 2012

7 March 2012

Salam Semua,
Akan aku jadikan Blog ni sebagai blog catatan harian ku. Lewat petang semalam aku mendapat pesanan ringkas daripada Kak Tini menyuruhku mengcatat segala keluh kesah, suka dan duka sepanjang aku bergelar calon PhD kerana perjalanan dalam mendapat ijazah tertinggi ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Kadangkala tanpa kita sedar, kita mengalami tekanan yang amat kerana perjalanan untuk mendapat segulung ijazh PhD merupakan lonely journey....Dapat kubayangkan kerisauan Kak Tini setelah aku luahkan ketidakyakinanku untuk mendapat ijazah itu.

Syukur alhamdulillah kehadiran Kak Tini membuatkan aku makin selesa di sini. Hari ni aku telah menyiapkan kerja-kerja terbengkalai ku sebelum ni. Ku siapkan ethic application form untuk di hantar kepada lembaga committee JCU. Aku forward borang tersebut kepada Matthew dan Fiona untuk semakan sebelum borang tersebut dihantar pada Ethic Advisor. Julie Parison bertanya berkenaan permohonan etika kepadaku semasa kami berselisih dalam pantry. Aku denga takut2 menjawab akan ku hantar permohonan tersebut kepada beliau setelah supervisorsku menandantangi borang tersebut.....


Ya allah permudahkan segala Urusan ku.

p/s: lepas ni aku akan bermain badminton bersama medical students di sini. Bersenam adalah cara terbaik untuk menghilangkan segala tekanan....InsyaAllah.

Zamir, Cranbrook, Mac 2012

TPM Universiti Teknologi Mara- What you should do after you got the offer? part 2

Salam,

Saya akan menyambung kembali daripada post yang lepas, apa yang kita perlu buat after we got the offer:
3) Application to University- Kalau boleh carilah universiti yang terbaik. Untuk yang menyambung pengajian, yang buat by coursework sila rujuk course structure sebelum membuat keputusan ke universiti tersebut. Yang akan membuat by research sila selidik latar belakang supervisor anda. Is he/she expert in the area and try to approach his previous or current student asking about his/her persanlity and supervision technique. I think this is the most important this...yer la kita nak berhidup dengan supervisor agak lama. Alhamdulillah, walaupun james cook university ni tak glamour tetapi saya sangat bersyukur mempunyai supervisor sebeigini..Alhamdulillah, allah permudahkan urusan hambamu ini dalam menuntut ilmu.

4) Setelah semuanya selesai dan sudah mendapat tawaran daripada universiti, segeralah mengisi borang perjanjian dan segala dokumen yang dikehendaki oleh UiTM. Hantarlah secepat mungkin kerana UiTM memerlukan masa untuk memproses dokumen tersebut sebelum dihantar ke Kementerian pengajian tinggi. Sekurang-kurangnya hantarlah 2 bulan sebelum tarikh melapor diri di universiti. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nurul Akma, Puan Rohanah, dan Puan Poniti diatas segala kerjasama yang telah mereka berikan.

5)Menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi- agak lama untuk mendapat keputusan daripada kementerian pengajian tinggi kerana ia bergantung kepada Mesyuarat untuk meluluskan permohonan untuk menyambung pengajian.Alhamdulillah, setelah dua bulan menunggu akhirnya permohonan saya berjaya dan diluluskan...Alhamdulillah syukur ku pangjatkkan kepada Allah swt diatas anugerah ini.

6) Final Step- Langkah terakhir ia untuk melengkap segala dokumen dan dihantar kepada kementerian pengajian tingggi. Prosedurnya juga adalah sama seperti yang UiTM, perlu membuat pemeriksaaan kesihatan, mengisi borang perjanjian dan melengkapkan beberapa dokumen. Setelah semua dokumen lengkap, sila hantar secepat mungkin supaya duit panjar sebelum kita bertolak masuk dengan secepat mungkin. Buatlah pasport dan visa dengan kadar segera....

Seterusnya mulakan pengajian dengan niat yang ikhlas....Allah swt tabahkanlah hati hambamu ini dalam menuntut ilmu. Moga nota ini dapat membantu kalian.....

Zamir, Cranbrook, March 2012

Saturday, December 3, 2011

TPM Unerversiti Teknologi Mara UiTM - What you should do after you got the offer?

Salam,

In my last two posts, i promised to explain to you all what you should do after you got the TPM offer. Hurm, senang jer sebenarnya walaupun ianya memakan masa agak lama. Tapi untuk post kali ini saya akan masukkan sekali macam mana nak apply scholarship melaui universiti-universiti di Malaysia dengan tajaan penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Eloklah saya mulakan dengan macam nak memohon biasiswa daripada universiti. Untuk permohonan UiTM anda mempunyai 2 options, samada masuk sebagai tutor dan menyambung pengajian selapas itu atau memohon biasiswa tenaga pengajar muda (TPM) dan melanjutkan pengajian setelah menerima tawaran. Untuk permohonan universiti lain anda perlulah memohon menjadi tutor dan melanjutkan pelajaran selepas itu. TPM biasanya akan dibuka setiap tahun dan biasanya pemohon akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara. Sesiapa yang diluluskan ke luar negara amatlah beruntung kerana amat sukar untuk mendapat tawaran ke luar negara kerana keadaan ekonomi semasa negara kita yang kurang menentu. Jadi bersyukurlah (Nasihat pada diri sendiri...hehehehe).















Oki...setelah mendapat tawaran apa yang anda perlu buat. Pengalaman saya amatlah teruk kerana saya terkontang-kanting tidak tahu kemana nak merujuk dari segi pendapat, apa perlu dibuat? dan mujurlah saya menjumpai group (Tenaga Pengajar Muda UiTM) dalam facebook. Itupun setelah saya selesaikan segala urusan.....hurm. Ok langkah pertama yang anda perlu buat adalah.....

1) Seating for IELTS (offer letter TPM ada sekali tu....)Saya nasihatkan supaya anda betul2 belajar sebelum menduduki IELTS kerana ianya bukanlah sama seperti MUET dan memerlukan latihan yang secukupnya. IELTS ni amat digeruni untuk pemohon-pemohon yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana walaupun UiTM meletakkan syarat 6.5 (overall band) sebagai syarat tetapi tidak untuk universiti dimana requirement mereka adalah lebih tinggi terutama universiti-universiti di Australia, Canada dan Scotland.....Untuk sesiapa yang merancang untuk peri ke US, adalah lebih baik untuk mengambil TOEFL dan perlulah juga mengambil GRE....


(offer letter from UiTM and IELTS)

2) Succesfully attended and passed Biro Tata Negara BTN (Master/PhD) Luar Negara.  Untuk menghadiri BTN anda perlulah menghubungi pendaftar universiti dan mereka akan mendaftarkan nama anda untuk menghadiri BTN. BTN luar negara Master/PhD hanya di buat di kem Ulu Seperi Negeri Sembilan...Janganlah terlalu risau, BTN ni santai2 jer....bukan ada ragging pun. Semua facilitator pun best....

Saturday, November 26, 2011

Bakal Kembali Tidak Lama Lagi

Hi to all,
Its approximately two months since i registered at James Cook University as PhD Student, i've no time to update my blog because i'm too busy with university settlement and i would say it no easy to adapt with new place, new people, new culture and totally diverse with myprevious context. But i'm just able settle down all those things and time to wake up.... I really want to finish my PhD and will let you know my phd journey in ths blog.