Saturday, December 3, 2011

TPM Unerversiti Teknologi Mara UiTM - What you should do after you got the offer?

Salam,

In my last two posts, i promised to explain to you all what you should do after you got the TPM offer. Hurm, senang jer sebenarnya walaupun ianya memakan masa agak lama. Tapi untuk post kali ini saya akan masukkan sekali macam mana nak apply scholarship melaui universiti-universiti di Malaysia dengan tajaan penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Eloklah saya mulakan dengan macam nak memohon biasiswa daripada universiti. Untuk permohonan UiTM anda mempunyai 2 options, samada masuk sebagai tutor dan menyambung pengajian selapas itu atau memohon biasiswa tenaga pengajar muda (TPM) dan melanjutkan pengajian setelah menerima tawaran. Untuk permohonan universiti lain anda perlulah memohon menjadi tutor dan melanjutkan pelajaran selepas itu. TPM biasanya akan dibuka setiap tahun dan biasanya pemohon akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara. Sesiapa yang diluluskan ke luar negara amatlah beruntung kerana amat sukar untuk mendapat tawaran ke luar negara kerana keadaan ekonomi semasa negara kita yang kurang menentu. Jadi bersyukurlah (Nasihat pada diri sendiri...hehehehe).















Oki...setelah mendapat tawaran apa yang anda perlu buat. Pengalaman saya amatlah teruk kerana saya terkontang-kanting tidak tahu kemana nak merujuk dari segi pendapat, apa perlu dibuat? dan mujurlah saya menjumpai group (Tenaga Pengajar Muda UiTM) dalam facebook. Itupun setelah saya selesaikan segala urusan.....hurm. Ok langkah pertama yang anda perlu buat adalah.....

1) Seating for IELTS (offer letter TPM ada sekali tu....)Saya nasihatkan supaya anda betul2 belajar sebelum menduduki IELTS kerana ianya bukanlah sama seperti MUET dan memerlukan latihan yang secukupnya. IELTS ni amat digeruni untuk pemohon-pemohon yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana walaupun UiTM meletakkan syarat 6.5 (overall band) sebagai syarat tetapi tidak untuk universiti dimana requirement mereka adalah lebih tinggi terutama universiti-universiti di Australia, Canada dan Scotland.....Untuk sesiapa yang merancang untuk peri ke US, adalah lebih baik untuk mengambil TOEFL dan perlulah juga mengambil GRE....


(offer letter from UiTM and IELTS)

2) Succesfully attended and passed Biro Tata Negara BTN (Master/PhD) Luar Negara.  Untuk menghadiri BTN anda perlulah menghubungi pendaftar universiti dan mereka akan mendaftarkan nama anda untuk menghadiri BTN. BTN luar negara Master/PhD hanya di buat di kem Ulu Seperi Negeri Sembilan...Janganlah terlalu risau, BTN ni santai2 jer....bukan ada ragging pun. Semua facilitator pun best....