Powered By Blogger

Wednesday, March 7, 2012

7 March 2012

Salam Semua,
Akan aku jadikan Blog ni sebagai blog catatan harian ku. Lewat petang semalam aku mendapat pesanan ringkas daripada Kak Tini menyuruhku mengcatat segala keluh kesah, suka dan duka sepanjang aku bergelar calon PhD kerana perjalanan dalam mendapat ijazah tertinggi ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Kadangkala tanpa kita sedar, kita mengalami tekanan yang amat kerana perjalanan untuk mendapat segulung ijazh PhD merupakan lonely journey....Dapat kubayangkan kerisauan Kak Tini setelah aku luahkan ketidakyakinanku untuk mendapat ijazah itu.

Syukur alhamdulillah kehadiran Kak Tini membuatkan aku makin selesa di sini. Hari ni aku telah menyiapkan kerja-kerja terbengkalai ku sebelum ni. Ku siapkan ethic application form untuk di hantar kepada lembaga committee JCU. Aku forward borang tersebut kepada Matthew dan Fiona untuk semakan sebelum borang tersebut dihantar pada Ethic Advisor. Julie Parison bertanya berkenaan permohonan etika kepadaku semasa kami berselisih dalam pantry. Aku denga takut2 menjawab akan ku hantar permohonan tersebut kepada beliau setelah supervisorsku menandantangi borang tersebut.....


Ya allah permudahkan segala Urusan ku.

p/s: lepas ni aku akan bermain badminton bersama medical students di sini. Bersenam adalah cara terbaik untuk menghilangkan segala tekanan....InsyaAllah.

Zamir, Cranbrook, Mac 2012

No comments:

Post a Comment