Powered By Blogger

Wednesday, March 7, 2012

TPM Universiti Teknologi Mara- What you should do after you got the offer? part 2

Salam,

Saya akan menyambung kembali daripada post yang lepas, apa yang kita perlu buat after we got the offer:
3) Application to University- Kalau boleh carilah universiti yang terbaik. Untuk yang menyambung pengajian, yang buat by coursework sila rujuk course structure sebelum membuat keputusan ke universiti tersebut. Yang akan membuat by research sila selidik latar belakang supervisor anda. Is he/she expert in the area and try to approach his previous or current student asking about his/her persanlity and supervision technique. I think this is the most important this...yer la kita nak berhidup dengan supervisor agak lama. Alhamdulillah, walaupun james cook university ni tak glamour tetapi saya sangat bersyukur mempunyai supervisor sebeigini..Alhamdulillah, allah permudahkan urusan hambamu ini dalam menuntut ilmu.

4) Setelah semuanya selesai dan sudah mendapat tawaran daripada universiti, segeralah mengisi borang perjanjian dan segala dokumen yang dikehendaki oleh UiTM. Hantarlah secepat mungkin kerana UiTM memerlukan masa untuk memproses dokumen tersebut sebelum dihantar ke Kementerian pengajian tinggi. Sekurang-kurangnya hantarlah 2 bulan sebelum tarikh melapor diri di universiti. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nurul Akma, Puan Rohanah, dan Puan Poniti diatas segala kerjasama yang telah mereka berikan.

5)Menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi- agak lama untuk mendapat keputusan daripada kementerian pengajian tinggi kerana ia bergantung kepada Mesyuarat untuk meluluskan permohonan untuk menyambung pengajian.Alhamdulillah, setelah dua bulan menunggu akhirnya permohonan saya berjaya dan diluluskan...Alhamdulillah syukur ku pangjatkkan kepada Allah swt diatas anugerah ini.

6) Final Step- Langkah terakhir ia untuk melengkap segala dokumen dan dihantar kepada kementerian pengajian tingggi. Prosedurnya juga adalah sama seperti yang UiTM, perlu membuat pemeriksaaan kesihatan, mengisi borang perjanjian dan melengkapkan beberapa dokumen. Setelah semua dokumen lengkap, sila hantar secepat mungkin supaya duit panjar sebelum kita bertolak masuk dengan secepat mungkin. Buatlah pasport dan visa dengan kadar segera....

Seterusnya mulakan pengajian dengan niat yang ikhlas....Allah swt tabahkanlah hati hambamu ini dalam menuntut ilmu. Moga nota ini dapat membantu kalian.....

Zamir, Cranbrook, March 2012

No comments:

Post a Comment