Powered By Blogger

Tuesday, March 20, 2012

Gusar HatiKu Tidak Siapa Yang Tahu

Ku kira semuanya telah selesai setelah keberangkatan ku ke bumi asing ini. Rupa-rupanya masih ada perkara yang berbangkit. Kawanku dari GHKL telah menelefonku dan memberitahu berkenaan isu kontak penrkhidmatan dan bagaimana aku boleh melepaskan diri daripada kontrak tersebut untuk menyambung pengajian. Katanya ketua perkhidmatan yang bertanyakan hal tersebut kepadanya, tapi pada hari yang sama aku juga telah bercakap berkanaan kajianku dengan ketua perkhidmatan tetapi tidak pula bertanyakan hal itu sendiri kepadaku. Sungguh aku gusar dengan perkara itu, lantas ku menelefon pegawai yang memberi sokongan untuk aku meletak jawatan dan menyambung kajian. katanya perkara ini masih dalam perbincangan dan ketua perkhidmatan tiada hak untuk bertanyakan hal tersebut memandangkan aku sudah meletak jawatan dan telah melanggarkan kontrak. Isunya sekarang adalah samada kerajaan akan meluluskan permohonan akau atau tidak. itu sahaja katanya...lantas ku bersyukur, mohon kerajaan tidak mengenakan apa2 denda kepadaku.

Lewat petang ku terima email daripada pegawai tersebut, memaklumkan perkembangan terbaru berhubung permohonanku. Ianya masih belum mendapat keputusan dan beliau menyuruhku sentiasa mengingatkannya berkenaan hal tersebut. Ku balas email beliau menyatakan semoga permohonanku memdapat perhatian yang sewajarnya.

Terima kasih aku ucapkan pada pegawai tersebut.

at 2.30 am (Cranbrook)

No comments:

Post a Comment